Thứ Năm, 29 tháng 12, 2011

Adu Sakit Kepala, Doktor Sahkan Pengarah Murali Abdullah Mengalami Sedikit Pendarahan Otak!

Pengarah drama terkenal yang pernah memenangi ‘Drama Terbaik’ di Anugerah Skrin 2008 menerusi drama ‘Suara Saleha’ dan ‘Pengarah Terbaik’ untuk drama ‘Sebelum Akhirat’ di Anugerah Skrin 2010,, Murali Abdullah dikejarkan ke Hospital Selayang, kira-kira pukul empat petang semalam selepas mengalami muntah-muntah dan sakit kepala ketika berada di lokasi penggambaran drama ‘Mr.Labuci’.

Menurut Penerbit Eksekutif Zeel Production, Muhamad Norazhar Naharuddin atau Bobby, ketika ini (petang semalam) Murali masih di wad kecemasan dan sedang sedang tidur selepas mengalami muntah-muntah yang teruk dan pihaknya masih belum mengetahui keadaan Murali kerana masih menunggu laporan daripada pihak hospital.

“Daripada pemeriksaan awal, doktor mendapati Murali mengalami sedikit pendarahan pada otak tetapi keadaannya terkawal. Doktor juga masih tidak dapat mengesahkan sama ada Murali diserang angin ahmar kerana simptom yang dialaminya adalah sebaliknya.

“Semasa dibawa ke hospital, dia dalam keadaan sedar dan tiada tanda-tanda seperti diserang angin ahmar. Dia juga tidak pernah sakit sebelum ini dan hanya mengadu mengalami pening kepada pada tengahari ini,” ujarnya dipetik dari laman mStar.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến