Anggota kumpulan Fabulous Cats, Cat Farish telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami simptom tekanan darah tinggi. Menurut sumber, hidung Cat Farish secara tiba-tiba mengalirkan darah sejurus tamatnya mesyuarat mengenai projek teater dan filem, malam Jumaat lepas.
Tambahnya lagi, Cat Farish kemudiannya digegaskan ke hospital dan dimasukkan ke dalam wad pesakit luar. Bagaimanapun, keadaan Cat Farish dilihat semakin kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad ICU. Doktor turut memasukkan tampon ke dalam lubang hidung Cat Farish bagi memberhentikan pengaliran darah.
Pendarahan di hidung telah berhenti, namun darah kemudiannya mengalir keluar melalui matanya. Cat Farish kini masih berada dibawah pemerhatian dan rawatan doktor di hospital berkenaan.
“Sabtu lepas saya dah lawat dia disana dan diharapkan keadaannya akan bertambah baik,” ujar sumber yang enggan dinamakan.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét