Thứ Tư, 8 tháng 2, 2012

Hafiz Nafikan Sedang Bercinta, Ada Pihak Cemburu Dengannya

Aduh, macam mana Hafiz boleh nafikan dia bercinta bersama dengan gadis yang cantik ini? Namun itulah yang diakui Hafiz mengenai status hubungannya bersama seorang gadis apabila gambar mereka berdua tersebar di laman hiburan dan forum tempatan.

Kalau Adira sedang dihimpit dengan kontroversi dia memegang seekor anjing, bekas teman lelakinya ini juga kini sedang dilanda khabar angin mengenai percintaannya bersama kekasih baru.

“Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi. Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta.” – dipetik dari mStar Online

Hafiz turut memberitahu bahawa dia tidak tahu bagaimana gambar sebegitu telah tersebar dan dia pasti ada pihak yang cemburu dengannya kerana dia tidak pernah meletakkan gambar-gambar itu di mana-mana laman sosial.

“Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya,” ujar Hafiz lagi.

Namun jika benar wanita itu bukanlah teman wanita Hafiz, maka masih ada peluang lagi untuk wanita lain diluar sana ya. Terdahulu, artikel gambar Hafiz bersama seorang wanita tersebar boleh dibaca disini, Foto: Hafiz AF Kini Sudah Berpunya? Cantik Orangnya.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến