Iz, merupakan salah seorang finalis program realiti One In A Million Musim Ke-2 kini menjejakkan kaki ke bumi Hollywood bagi menghadiri majlis gilang-gemilang, The 54th Annual Grammy Awards yang berlangsung di Staples Centre pada 12 Februari 2012. Di sebalik keterujaannya itu, Iz turut berkongsi pengalamannya selama 3 bulan mengutip pengalaman daripada pakar-pakar industri hiburan di sana.
Memetik kata-kata Iz kepada OHBULAN!, “Memang saya akui dah lama tidak muncul dimana-mana majlis sosial dan anugerah-anugerah berprestij di Malaysia kerana sedang bertungkus-lumus menyiapkan khazanah muzik serta imej baru. Rasa tak sabar sangat nak berkongsi dengan peminat di Malaysia. Sepanjang berada di Los Angeles, saya telah melalui pelbagai latihan di dalam seni persembahan seperti vokal, tarian, pergerakan dan saya juga mempunyai seorang Speech Pathologist yang akan membantu saya untuk accent reduction.
“Mengenai perkembangan kareer pula, saya akan membuat kemunculan di majlis-majlis red carpet di LA (Vanity Fair Oscar Party etc) nanti sepanjang bulan Feb/March. Lagu Inggeris berjudul #SHoes SHoes SHoes & #B LuV sudah siap dirakamkan dan akan diperkenalkan di sini dahulu melalui temuramah-temuramah bersama radio-radio di US. Harapan saya, lagu single Melayu bertajuk CINTA AKHIR pula akan dilancarkan di radio EraFM sempena Valentines Day. So watch out for it,” tambah Iz lagi.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét