Seharian kami lihat kembali video-video penyanyi Malaysia ketika mereka baru naik, dan ketika sudah popular. Ada juga video dimana Faizal Tahir pergi ke ujibakat OIAM sebelum ini dan kini dia sudah menjadi penyanyi yang popular.
Namun didalam perjalanan naik dan turun penyanyi-penyanyi di Malaysia, OHBULAN! tiba-tiba terjumpa muzik video Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Bin Noriyissham. Anak kelahiran Perlis ini benar-benar memikat halwa telinga kami. Mungkin sudah 3-4 tahun lepas, tapi bagi kami, bakat tidak pernah akan lapuk. Ianya akan terus berkembang dan menyinari kita semua. Eh, ter’puisi’ pula.
Apa yang pasti, kenapa bakat yang besar dan berharga seperti Aweera dilupakan terus? Vokal Aweera setaraf dengan Hazama, Black, Fiq dan juga Lan & The Typewriter. Mula menginjak ke dunia hiburan seawal umur 17 tahun, Aweera benar-benar dilahirkan berbakat. Jika anda tak tahu, dia pernah membawa lagu “She’s Gone” oleh Steelheart yang kami rasa boleh tercabut pangkal rahim bila karaoke.
Agak kecewa juga bila tiada syarikat rakaman yang sanggup mendidik bakat muda seperti ini. Setelah diselidik, Aweera kini mempunyai sebuah band yang juga bernama “Aweera”. Sehingga kini, band Aweera telah mengeluarkan dua single yang bertajuk Bintang dan juga Potret.
Mungkin juga disebabkan ketika itu Aweera masih muda dan tidak mempunyai identiti sendiri, disebabkan itu dia dibiarkan terkapai-kapai. Tapi, yang pasti, jika ada produser dan komposer yang sesuai ditemukan bersama Aweera, OHBULAN! pasti Aweera bakal bersinar dan tak mustahil dia mampu mencipta sejarah yang tersendiri.
Mari kita saksikan rakaman video pertama Aweera. Selamba bawa lagu Bujang Senang sambil baring main gitar. Awesome kan?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét