Thứ Bảy, 4 tháng 2, 2012

Radhi OAG Ingin Bersama Pusat Pemulihan Dadah Selamanya!

Pelik. Itulah yang berlaku pada Radhi OAG yang kini sudah pulih dari najis dadah selepas lebih setahun menjalani rawatan dadah disana.

Menurut mStar Online, Radhi ingin kekal disana kerana dia mahu membantu pesakit yang lain yang mempunyai sejarah seperti dia untuk sembuh dan kembali ke pangkal jalan. Dia ingin berbakti semula kepada rumah “Pengasih” itu yang telah banyak membantu dirinya untuk bersih dari dadah.

“Saya dah nekad ingin membantu golongan ini (penagih) kerana tahu bukannya mudah untuk bersih 100 peratus daripada dadah lebih-lebih lagi apabila dikelilingi dengan orang yang mempunyai masalah sama.

Radhi menjelaskan yang dia akan bersama penghuni rumah Pengasih setiap hari Isnin hingga Jumaat untuk membantu mereka manakala di hari minggu dia akan pulang kerumah ibunya.

“Justeru itu, saya akan kongsi pengalaman yang dilalui bersama mereka. Saya ingin menjadi contoh untuk orang yang bermasalah seperti yang pernah dialami oleh saya dahulu. Dan sekarang ini saya akan berada di Pengasih bermula dari hari Isnin hingga Jumaat manakala pada hari minggu saya akan meluangkan masa bersama ibu saya pula.” dipetik dari mStar Online.

Sepanjang dia berada di pusat pemulihan itu juga, Radhi telah mencipta beberapa buah lagu dan sebuah lagu yang berjudul “Si Pengasih Muda” juga turut dicipta khas oleh Radhi sebagai tanda penghargaannya kepada penghuni Pengasih.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến