Tak habis dengan pelbagai kontroversi, kali ini Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dengan panggilan Apex sekali lagi dituduh bercinta dengan gadis lain.
Kali ini lebih panas dan lebih hangat, menurut sumber yang telah membuat akaun Twitter bernama @MahsiH2 telah menghebahkan pelbagai cerita mengenai Apex di laman Twitter-nya sejak semalam. Antara tuduhan yang dibuat ialah Apex telah memutuskan hubungan dengan Dahlia Teck dan kini bercinta dengan seorang gadis bernama Leuniey.
Difahamkan gadis bernama Leuniey ini adalah tunangan orang dan selepas dua minggu bertunang, Leuniey telah memutuskan ikatan suci ini semata-mata hanya untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada penjaga gol paling macho Malaysia, Apex.
Tapi siapa tahu kan, mungkin ini semua hanyalah kontroversi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Apex. Namun, jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Tidak mahu menuduh siapa-siapa, ini adalah gambar wanita yang dikatakan oleh @MahsiH2, jika anda kenal gadis bernama Leuniey ini maka anda bolehlah tolong sahkan untuk kami ya.
Cantik juga gadis ini kan? Menurut @MahsiH2 yang kami yakin adalah orang Kelantan berdasarkan pertuturannya didalam akaun Twitter, Apex dikatakan selalu keluar bersama Leuniey dan dilihat oleh orang ramai.
Hairan juga kami, begitu ramaikah wanita yang menggilai Khairul Fahmi si penjaga gol negara kita? Tidak tahu lah benar atau tidak sehinggakan Leuniey sanggup putus tunang untuk Khairul Fahmi. Kami akan cuba hubungi Dahlia Teck untuk kepastian samada mereka berdua sudah berpisah atau belum.
Namun jika anda turut mengenali siapa @MahsiH2 atau Hisham jika diterbalikkan namanya, pun turut boleh beritahu kepada kami ya!
Update Terbaru
Dari komen yang kami terima dari pembaca, seorang pembaca bernama Thanatos telah memberitahu bahawa Leuniey sebenarnya telah putus tunang selepas 1 bulan dan ia disebabkan masalah peribadi.
DEAR OHBULAN,
minta maaf ye saye nih ade kenal jugak family leuniey.HARAP MAKLUM SETAHU SAYA LEUNIEY NI BUKAN BERTUNANG SELAMA 2 MINGGU,TTPI PUTUS TUNANG SLPAS 1 BULAN,DAN MSLH PERIBADI..SOO STOP BULLSHITTING HER,I KNOW HER FAMILY BACKGROUND.tq
Oh, 1 bulan rupanya, 2 minggu tambah 2 minggu, cukuplah 1 bulan. Masalah peribadi? Bukankah isu ini memang sudah termasuk dalam masalah peribadi? Atau ada yang lebih peribadi dari isu ini ke? Hairan hairan.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét