Thứ Bảy, 4 tháng 2, 2012

Jawatan Kosong Sebagai Eksekutif Jualan (Media Pengiklanan)

Eksekutif Jualan (Media Pengiklanan) memainkan peranan penting bagi memastikan kapasiti pengiklanan di Ohbulan.com menjana keuntungan. Peranan anda juga termasuk seperti berikut :

  • Mewakili Ohbulan.com sebagai eksekutif jualan kepada pelanggan.
  • Menguruskan tempahan, upselling dan hal ehwal pelanggan.
  • Melaporkan angka jualan dan bertanggungjawab terhadap kepimpinan kendiri.
  • Berkhidmat sebagai perhubungan awam dengan pelanggan mengenai pelancaran produk baru dan peluang pengiklanan.
  • Menyediakan maklumat terkini kempen iklan dan memastikan pelanggan kami berpuas hati dengan ROI

Kelayakan minima :

  • Kelayakan minima diploma atau degree dalam bidang perniagaan, pemasaran, perdagangan elektronik (e-commerce) atau yang berkaitan.
  • Memiliki pengalaman dalam bidang pengiklanan online, juga memahami konsep dan pasaran industri pengiklanan online. Pengalaman dalam penjualan iklan di iPad dan mobile adalah digalakkan memohon.
  • Boleh bekerja secara individu mahupun kumpulan.
  • Mengikut arahan yang diberikan oleh orang atas
  • Rekod jualan yang cemerlang
  • Sentiasa mencari kaedah untuk menyelesaikan masalah

Pemohon yang berminat boleh menghantar resume kepada shelly@driven.com.my


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến