Thứ Bảy, 4 tháng 2, 2012

Penyanyi Dangdut, Ani Mayuni Teruk Dipukul Suami Kerana Sarapan Pagi?

Hanya kerana sarapan pagi, habis lunyai Ani Mayuni yang popular dengan lagu dangdut dibelasah suami di rumah.

Menurut Hmetro, Ani Mayuni dalam laporan yang dibuatnya kepada polis mendakwa dia dipukul dan ditendang selain dihentak kepalanya ke bilik air oleh suaminya. Wow, itu menyakitkan bagi seorang wanita yang tidak mempunyai kudrat untuk menahannya.

Difahamkan Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, telah mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kepala, leher, tangan dan dada. Namun dia bernasib baik kerana abang kandungnya yang kebetulan datang dan menyelamatkan dirinya yang sedang dipukul.

Apa yang lebih pelik, semua kejadian ini disebabkan sarapan pagi. Ani Mayuni menjelaskan bahawa sebelum kejadian itu berlaku, dia ada menghubungi suaminya untuk membelikan sarapan pagi. Namun 30 minit kemudian, suaminya yang baru pulang terus saja meluru ke bilik dan memukulnya.

Hairan kami apabila seorang suami tiba-tiba memukul isterinya hanya kerana sarapan pagi. Mustahil seorang lelaki yang waras boleh berbuat demikian. Kami yakin ketika suaminya pergi membeli sarapan pagi, ada orang yang telah membuka rahsia isterinya ataupun kemungkinan besar suaminya terhantuk tiang elektrik ketika sedang berjalan kaki membeli sarapan. Ouh, itu cuma spekulasi kami saja. Harap maklum.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến