Kadang-kadang karakter romantis Ally Iskandar ini memang tidak dapat dijangkakan. Terbaru, OHBULAN! dimaklumkan bahawa Ally Iskandar telah mendedikasikan sebuah lagu kepada bakal isterinya, Farah Lee melalui stesen radio Hot Fm, semalam. Lagu yang ditujukan itu, kalau tak silap berjudul Penghujung Cintaku nyanyian Pasha Ungu Feat Adel. Banyak makna lagu tu!
Bagaimanapun, Farah Lee tidak berkesempatan mendengar dedikasi lagu tersebut kerana Hot Fm Terengganu berlainan versinya dengan Hot Fm di KL. Teringat pula cerita Ally Iskandar, mereka berdua tidak sempat bercinta kerana Farah Lee masih belajar dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Korea Selatan. Lagipun, mereka berkenalan atas pertemuan yang diaturkan oleh keluarga. Itulah, kalau dah jodoh, memang tak kemana, kan?
Kedua-dua pasangan ini, Ally Iskandar & Farah Lee akan dinikahkan pada 20 Januari 2012 di rumah pengantin perempuan yang bertempat di Terengganu.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét