Mungkin ramai yang tidak sedar, tapi krisis dalaman industri hiburan sentiasa berlaku.
Jika sebelum ini, timbul kontroversi Johan tidak menghormati selebriti veteran, Fauziah Ahmad Daud, sehingga selebriti tersebut mahu menyaman Johan. Kini timbul pula cerita baru mengenai Johan yang susah bekerjasama untuk mempromosikan filem walaupun dia sendiri adalah watak utama dalam filem tersebut.
Semalam, OHBULAN! dikejutkan dengan mesej dari seseorang bernama Z yang bertanggungjawab untuk mengendalikan promosi filem. OHBULAN! difahamkan Johan tidak memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap promosi filem. Dia yang juga salah seorang pelakon filem ‘Libas’ hanya hadir untuk sesi tayangan bersama media, namun ketika promosi filem dijalankan, Johan langsung tidak mengambil bahagian.
Terbaru, ketika sidang akhbar untuk filem ‘Bujang Telajak’, Johan sekali lagi melakukan perkara yang sama. 10 minit sebelum sidang akhbar bermula, Johan telah beredar meninggalkan lokasi tanpa memberi alasan kepada orang sepatutnya. Hairan juga OHBULAN! apabila selebriti lain seperti Saiful Apek, Fazura dan Nabil boleh berikan komitmen, kenapa Johan tidak?
Isteri kepada Johan iaitu Ozlyn ialah orang yang bertanggungjawab mengendalikan jadual seharian Johan. Menurut sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Z, dia telah memberitahu tarikh lebih awal kepada Ozlyn supaya dapat menguruskan Johan agar tidak terlepas temujanji. Namun Z masih hairan kenapa perkara yang sama masih berlaku.
Susah bila artis dah lama naik berperangai macam artis baru nak naik, yang pengurusnya pula sepatutnya faham kerjaya selebriti yang dibawa walaupun selebriti itu adalah suami sendiri. Kalau begini gayanya, tak mustahil satu hari nanti orang meluat pula dengan Johan.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét