Thứ Ba, 17 tháng 1, 2012

Stesen Televisyen Swasta Gam Azwan Ali & Rampas Telefon Bimbit?

Selalunya kalau sebut Azwan Ali, pasti anda akan menyampah dan meluat kerana tulisannya yang tak berkesudahan di Twitter. Hari-hari mencarut mengalahkan orang duduk gua.

Tapi kali ini, menurut Rotikaya, Azwan Ali telah digam oleh sebuah stesen televisyen swasta kerana kenyataannya yang tidak bertanggungjawab dan menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu, menurut sumber yang masih belum disahkan kesahihannya, telefon bimbit Azwan Ali turut dirampas kerana dituduh mengugut seseorang yang terlibat dengan politik. Tak habis-habis dengan kontroversi murah.

Untuk pengetahuan, Azwan Ali bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46 pada tahun ini dan pastinya anda pun mahu “menghadiri” sambutan hari jadi Azwan Ali kan?

Apa yang pasti selagi Azwan Ali masih berada dalam industri hiburan tanahair, selagi itulah kontroversi sentiasa wujud dengan murahnya.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến