Bukan senang diberi penghargaan untuk membuat persembahan bersama artis antarabangsa. Lagi-lagi bersama Dashboard Confessional!
Kali ini, dengan kerjasama Rockaway dan juga FlyFm, showcase Dashboard Confessional anjuran Livescape Asia bakal mempersembahkan Awi Rafael sebagai artis pembukaan di persembahan solo Dashboard Confessional yang akan berlangsung pada 22 Februari ini.
Awi Rafael adalah seorang penyanyi yang berbakat dan dia memulakan kariernya bersama Bhumiband. Kini, Awi yang bergerak solo popular dengan lagu-lagu seperti “Pulanglah” dan juga “Aku Bukan Bintang”.
Konsert akustik solo ini bakal memberikan kepuasan kepada peminat setia Dashboard Confessional yang terkenal dengan lagu-lagu seperti “Screaming Infidelities”, “Hands Down”, “Vindicated” dan juga “Thick as Thieves”. Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, Dashboard Confessional yang dianggotai oleh Chris Carrabba, John Lefler, Mike Marsh, dan Scott Schoenbeck telah merakamkan 6 buah album.
Sempena Tahun Baru Cina ini, Konsert Akustik Solo Dashboard Confessional akan berlangsung pada 22 Februari bertempat di KL Live pada jam 8 malam. Sehingga kini, tiket pra-jual telah habis terjual dan tiket normal dijual pada harga RM118 satu. Ini satu pekuang keemasan pada anda yang mahu menghabiskan cuti Tahun Baru Cina dengan sedikit hiburan.
Apa lagi, cepat dapatkan tiket anda sekarang di Redtix.Airasia.com sekarang! Sebelum itu mari layankan muzik video dari Dashboard Confessional berjudul “Vindicated” dahulu. Enjoice!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét