Thứ Tư, 18 tháng 1, 2012

Roslin Hashim Rahsiakan Perkahwinan Ke-3

Pemain badminton negara, Roslin Hashim yang pernah mengalami 2 kali kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini mengesahkan bahawa beliau sudah pun berkahwin buat kali ke-3, di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

Bagaimanapun, Roslin Hashim enggan mendedahkan identiti isterinya kerana menghormati permintaan keluarga belah pihak perempuan.

“Saya tak boleh cakap siapa isteri saya demi menghormati keluarga ‘orang rumah’ saya,” jelas Roslin Hashim sejurus selesai prosiding perbicaraan secara tertutup kes tuntutan ganti rugi perkahwinan sebanyak RM53,460 yang dikemukakannya terhadap bekas isteri daripada perkahwinan pertama, Faizah Mohamad.

Tuntutan itu termasuk perbelanjaan ketika merisik, bertunang & berkahwin iaitu cincin tunang bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200), barangan pertunangan (RM2,915), duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080), bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500), barang hantaran (RM11,465), baju serta kasut pengantin perempuan (RM6,750), khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang (RM500).

Mengimbas kembali, perkahwinan pertama Roslin Hashim bersama Faizah Mohamad hanya bertahan 12 hari, manakala perkahwinan keduanya bersama Nurhayati Othman hanya bertahan 28 hari.

Kredit berita : Harian Metro


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến