Bukan calang-calang penyanyi, Zee Avi yang bertubuh kecil ini kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat. Namun begitu, dia masih tidak melupakan para peminatnya di Malaysia. Buktinya, November 2011 yang lepas, Zee Avi kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan di KL Live.
Kali ini, para peminat Zee Avi atau lebih dikenali sebagai ‘Zeelions’ bakal diberi peluang oleh Zee Avi untuk mencipta logo ‘Zeelions’ dan jika logo rekaan anda terpilih, ada hadiah istimewa yang akan diberikan kepada anda!
Pengumuman ini dibuat di akaun Twitter rasmi milik Zee Avi pada jam 12 tengah malam (waktu Malaysia) tadi. Jadi apa tunggu lagi, gunakan ke-kreatifan anda sekarang dan hantarkan ke Zeelionsden@gmail.com!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét