Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan begitu cepat sekali Ally Iskandar tiba-tiba sudah bernikah dengan seorang gadis yang kita sendiri tidak tahu dari mana muncul.
Jangan terkejut pula, jodoh pertemuan di tangan tuhan, tiada orang boleh menafikannya. Ketika sesi temubual bersama media tadi, Ally Iskandar mengaku bahawa dia tidak pernah mengucapkan perkataan ‘I Love You’ pada Farah sebelum bernikah.
“Kami baru sahaja berkenalan dan saya belum pernah ucap ‘I Love You’ pada Farah,” ujar Ally serius.
Terkejut sebentar OHBULAN! bagaimana mereka berdua boleh bahagia bersama. Tapi itulah, jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Tambah Ally lagi, “Saya dapat tahu Farah nak mendirikan rumah tangga dalam waktu pengajian, so advantage untuk saya la untuk mencari seorang isteri. Kami tak berkenalan sebagai kawan pun, saya cuma beritahu Farah saya nak mencari seorang isteri, dan dia pun sedang mencari seorang suami, jadi memang sesuailah kami berdua.”
Ally turut memberitahu OHBULAN! bagaimana dia boleh berkenalan dengan Farah.
“Hari pertama kami berjumpa di Terengganu. Farah adalah junior kepada adik saya, jadi adik saya telah perkenalkan pada ibu saya, dan ibu saya perkenalkan pada saya. Dari situlah bagaimana semuanya bermula,” ujar Ally sambil ketawa.
Ditanya tentang perancangan masa hadapan samada ingin mempunyai cahaya mata secepat mungkin, Ally menjawab, “Saya berserah pada Allah, Allah tahu bila kami sudah bersedia untuk mempunyai anak sendiri.”
Semoga bahagialah Ally Iskandar & Farah Lee sehingga ke akhir hayat. Amin.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét