Thứ Tư, 18 tháng 1, 2012

Video : TVC Petronas Sempena Tahun Baru Cina 2012 Sarat Dengan Mesej


PETRONAS, tidak asing lagi sering menyiarkan iklan-iklan perayaan yang menyentuh emosi setiap penonton tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2012, PETRONAS mengekalkan tradisi dan nilai murni dalam menyatukan warganegara Malaysia melalui mesej tersirat yang mula dipaparkan di televisyen sejak semalam.

Bertemakan “Coming Home”, TVC tahun ini – melibatkan 5 lokasi iaitu Malaysia, England, Belgium, China dan India – menceritakan 6 kisah yang melibatkan pelbagai individu di seluruh dunia. Walau dimana pun mereka berada, apa sahaja gaya hidup atau kerjaya, akhir sekali mereka akan kembali ke tanah air dan kekal dengan tradisi masing-masing.

“TVC ini sejajar dengan visi PETRONAS iaitu Reimaging Energy dimana kami amat menitikberatkan semangat kerja untuk mencapai apa sahaja matlamat disamping itu terus mengekalkan nilai-nilai tradisi ketimuran yang asal. TVC ini turut memaparkan jalan cerita yang menyemarakkan semangat kesetiakawanan, penyesuaian, dan kesungguhan, dimana setiap cerita itu disusun melalui tvc-tvc yang akan ditayang di televisyen. Jadi, penonton akan faham apabila mereka dapat mengenal pasti setiap watak dalam setiap tvc tersebut,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan Korporat Petronas, Dato Mohammad Medan Abdullah.

TVC1

TVC2

TVV “Coming Home’ kini keudara di televisyen mulai 17 Januari sehingga 6 Februari 2012. Untuk kejutan yang mengujakan, anda boleh melawat laman Youtube Petronas sekarang!

Pertandingan Fotografi

Selain daripada TVC, PETRONAS turut menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan ‘Reimaging Energy’ dengan kerjasama Leica Camera AG.

Untuk menyertai, anda perlu merakamkan memori atau saat penting sempena sambutan Tahun Baru Cina yang selari dengan semangat Reimagining Energy. Kemudian, anda perlu menghantar hasil kreatif anda melalui Fanpage Petronas di http://www.facebook.com/petronas1 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Pemenang bukan sahaja mendapat hadiah, malah foto berkenaan mendapat keistimewaan apabila ia layak dipamerkan di Galeri PETRONAS. Bagi menyemarakkan lagi acara tahunan ini, PETRONAS turut mengadakan bengkel fotografi untuk sekolah dan kolej terpilih, bagi membantu para remaja meluahkan kreativiti serta perasaan mereka melalui fotografi.

 

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến