Penulis kami di OHBULAN! sememangnya lelaki tegar, tapi kurang machonya apabila gagal memberikan jawapan tepat mengenai kondisi keretanya yang kelihatan nazak itu. Tak boleh salahkan dia juga, mungkin kurang pendedahan.
Bayangkan situasi ini, ketika anda memandu kereta dan ditemani awek setaraf Neelofa, tiba-tiba tayar kereta anda pancit. Anda menghentikan kereta di tepi jalan, dan membuka but kereta. Dalam hati sudah mengelabah sebab tak pernah alami situasi macam itu, tapi kerana nak tunjuk macho punya pasal, anda layankan sahaja.
“Adui, semak gila kepala. Aku call kawan jap lah”, ujar Ell. “Telefon tak angkat lak. Ha, ni makan dia!,” jerit Ell sambil menendang tayar kereta yang pancit itu.
Masih kekal bersifat macho, anda pun melambai-lambai tangan di tepi jalan dengan harapan ada orang yang boleh membantu. Nasib baik, sebuah kereta Wira Turbo Tinted gelap perasan dengan kegelabahan anda dan memberhentikan keretanya.Keluarlah seorang mamat keding memberikan salam kepada anda.
“Salam bro, tayar kau pancit ni, meh aku tolong tukarkan. Apa ada hal, kawan-kawan punya pasal,” kata mamat keding itu sambil senyum ke arah awek anda yang berada dalam kereta.
Walaupun hati dah panas, tapi anda maintain kool. Selepas 10 minit,
“Okay bro, tayar kau dah cantik. Tapi, kau kena pergi kedai sebab tayar ganti ni tak boleh jalan jauh. Ngam-ngam untuk kau sampai kedai je,” jelas mamat keding itu.
Pada masa yang sama, awek anda keluar kereta dan mengucapkan terima kasih kepada mamat itu. Sempat juga, dia menghulurkan BB pin sebarang dua, mana tahu kalau tayar pancit lagi, boleh minta tolong mamat keding tu lagi.
Begitulah situasi yang terjadi, panas hati kan?
Atas kesedaran itu juga, Shell telah menganjurkan kelas pemanduan yang terhad untuk 30 peserta sahaja, sekaligus membantu anda menjadi pemandu yang hebat dan kool. Shell Helix D-Academy akan mengajar anda topik-topik kritikal seperti pemanduan ketika kereta tergelincir, teknik betul menekan brake dan cara-cara mengelak halangan.
Selain itu, anda boleh menimba ilmu teori mengenai penjagaan enjin kereta, cara pemanduan, fungsi keselamatan terkini dan sebagainya.
Bagaimana nak sertai?
Anda perlu mendekorasi kereta di aplikasi Facebook kami di Shell Helix D-Academy. Mudah sahaja, anda perlu upload gambar kereta ke aplikasi tersebut dan menggunakan widget yang tersedia untuk mendekorasi kereta anda sehingga kelihatan ‘wow’.
Rekaan kereta terbaik akan menerima tiket VIP ke Shell Helix D-Academy, dan semestinya anda kelihatan macho selepas itu.
Penyertaan ditutup pada 29 January 2012. Jadi, apa tunggu lagi?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét