Sudah lama tak nampak Fazura berlakon filem kan? Kali terakhir ialah tahun 2010 dan ia hanyalah dalam satu filem berjudul ‘Lagenda Budak Setan’.
Namun kali ini, dengan gabungan 3 pelawak terkenal iaitu Saiful, Nabil dan Johan, filem terbaru arahan A. Latiff Mohaideen bakal membuat anda tergelak pecah perut di panggung. Masing-masing mempunyai identiti tersendiri, gaya lakonan mereka yang spontan bakal memberikan satu kepuasan selepas habis menonton filem ini.
Apa yang cukup istimewanya filem ini adalah kita memiliki Apek, Johan dan Nabil. Penonton tidak akan dapat menduga aksi lawak apa yang mampu mereka lakukan ketika ketiga-tiganya bergabung. Jika lawak salah seorang dari mereka sudah cukup menggelikan hati penonton apatah lagi jika bertiga? Lawak akan menjadi double? Tidak, ia triple! – ujar produser, A. Latiff
Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).
Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.
Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri?
Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan filem ini yang akan ditayangkan di pawagam bermula 19 Januari 2012. OK!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét