Thứ Ba, 17 tháng 1, 2012

Amir Jahari Kini Bernaung Di Bawah Label Aizat Amdan!

Jika sebelum ini, OHBULAN! pernah menulis mengenai Yuna Room Records yang mengambil Diandra Arjunaidi sebagai artis tempatan pertama di bawah label mereka, kini kita boleh lihat satu lagi label tempatan milik keluarga Aizat Amdan, Kasi Gegar Entertainment (KGE) menerima Amir Jahari yang juga artis pertama dibawah naungan mereka selepas Aizat sendiri.

Amir Jahari, 20, mula popular melalui Akademi Fantasia Musim Ke-9. Walaupun tersingkir awal apabila dia digantikan oleh Hazama pada minggu ke-4, dia kini terus memperjuangkan bakat seninya dbawah bimbingan Joe Lee. Selepas meletup dengan single berjudul ‘Tanpamu’, single terbaru Amir Jahari berjudul ‘Gelisah’ juga sudah dilancarkan secara rasminya.

Anak muda yang berasal dari Kuching ini ialah pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan kini sedang mengambil diploma dalam bidang muzik. Amir juga sebelum ini selalu melakukan aktiviti ‘busking’ sebelum dia menyertai AF9.

Antara konsert yang pernah dijayakan sekali oleh Amir termasuklah Aizat Amdan Borneo Tour, Konsert Muzik Fiesta Indonesia 2011, dan juga Digi Jelajah Desa & Kampus 2011. Paling menarik, Amir adalah satu-satunya artis tempatan yang menjadi duta kepada jenama telefon bimbit terkenal, Blackberry.

Mari dengarkan single kedua Amir Jahari berjudul ‘Gelisah’ selepas ini!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến