Thứ Hai, 16 tháng 1, 2012

Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO

–Kenyataan Media Untuk Edaran Segera—

17hb Januari 2012

Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO

Seusai pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9hb Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat. Beberapa hari kebelakangan ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Fitnah yang dipintal media UMNO seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation). Sekiranya diteliti jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini. Saya nukilkan petikan jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714


“We will have to review archaic laws


and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.


but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”

Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media UMNO. Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.

YB HJ AHMAD BIN KASIM,
Ahli Parlimen Kuala Kedah,
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến