Thứ Tư, 18 tháng 1, 2012

(Twitter) Sharnaaz Melenting Dilabel Gay

Twitterjaya semestinya satu komuniti yang amat happening dengan pelbagai gelagat individu mahu pun selebriti. Impak Twitter ini memang dirasai, terutamanya dalam kes terbaru Azwan Ali apabila dia dicekup polis kerana melakukan ugutan berbaur pembunuhan dilaman tersebut, baru-baru ini. Bagaimanapun, kes tersebut selesai apabila Azwan Ali membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada individu yang dimaksudkan, iaitu Umi Hafilda & Tun Mahathir, lewat petang semalam.

Kisah terbaru yang OHBULAN! bawakan pula mengenai Sharnaaz Ahmad, pelakon kacak yang sering dikaitkan dengan penyanyi wanita, Shila Amzah. Sharnaaz telah dilabelkan sebagai gay oleh seorang individu, iaitu @DaoneIkmal melalui laman Twitter pada 16 Januari 2012. Tuduhan yang tidak tepat itu telah ditepis oleh Sharnaaz dalam nada yang melenting kepada individu berkenaan.

Disaat artikel ini ditulis, pemilik akaun @DaonelIkmal telah pun menutup akaunnya. Daripada pemerhatian kami, jelas Sharnaaz Ahmad seakan diprovok oleh individu berkenaan sehingga menyebabkan pelakon kacak itu mengeluarkan kata-kata yang kurang enak dibaca.

Pada kami, mana-mana individu pun akan melenting sekiranya menerima tuduhan yang tidak tepat dan memalukan, lagi-lagi apabila dikaitkan dengan kehidupan gay. Bagaimanapun, selebriti yang dikenali seperti Sharnaaz sepatutnya tidak ambil peduli dengan provokasi sedemikian. Buat bodoh je.

Kalau tak betul, kenapa nak melenting pula kan? Chill sudah.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến