Thứ Hai, 16 tháng 1, 2012

IKRAR Pakatan Rakyat

Bahawasanya kami,

Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia;

Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.

Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Dengan berteraskan semangat Ketuanan Rakyat, kami berjanji:

? Pertama: Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;

? Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;

? Ketiga: Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat;

? Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;

? Kelima: Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Bahawasanya kami dengan ini berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat demi rakyat Malaysia.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến