Chủ Nhật, 15 tháng 1, 2012

Aidil Zafuan Keluar Dari Rumah, Tinggalkan Rita Rudaini & Anak-Anak?

Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah Zafuan akan tampil untuk memberi penjelasan selepas perang Twitter yang berlaku antara adiknya, Zaquan Adha dan isterinya, Rita Rudaini.

Selepas beberapa hari, wartawan BiPop berjaya mendapatkan penjelasan yang nyata dan sahih dari Rita Rudaini sendiri punca  pergaduhan antara dia dan Zaquan berlaku.

Saya rasa maruah saya seperti dipijak-pijak. Apabila saya membongkar rahsia bersama seorang wanita sebelum berkahwin dulu, dia mendakwa saya menyebarkan fitnah. Seperti mana mengaibkan saya, dia juga tidak akan terlepas daripada dimalukan. Fitnah atau sebaliknya, saya rasa Zaquan dan adik beradiknya tahu. Saya akui tidak pernah berbaik jauh sekali nak bercakap dengan Zaquan mahupun Ayu. Saya tidak faham kenapa Zaquan menggunakan Twitter untuk menyerang saya. Kalau tidak berpuas hati, kenapa tidak menghantar SMS? Zaquan seolah-olah membuka pekung di dada. Secara tidak langsung mengheret keluarganya sekali dalam pertelingkahan ini. Orang luar menilai baik keluarga kami. Tapi saya nak menegaskan saya tidak memulakannya.

Melalui temubual ini juga, Rita menjelaskan pada BiPop bahawa dia tidak menuduh sesuka hati apabila CCTV menunjukkan bahawa Zaquan dan Ayu Raudhah datang bersama Aidil Zafuan untuk mengambil barang-barang di kediamannya. Dia juga turut kecewa apabila adik iparnya campur tangan dalam masalah keluarganya.

Sampai tahap itu Zaquan dan Ayu mahu melihat kemusnahan rumah tangga saya. Mereka tidak fikir, Aidil meninggalkan anak-anak yang masih kecil? Sanggup mereka nak memutuskan kasih sayang bapa dan anak-anak. Mereka tidak seharusnya campur tangan, Aidil sudah cukup matang dan boleh berfikir baik buru tindakannya. Saya kesal, perbuatan Zaquan dan Ayu menjadi batu api dalam menghuru-harakan rumah tangga saya.

Apa yang pasti, selebriti tidak sepatutnya bergaduh melalui laman Twitter atau pun melalui mana-mana laman sosial kerana mereka patut faham bahawa ramai peminat memerhatikan mereka. Lagi-lagi kes Rita Rudaini dan Zaquan, mereka berdua sepatutnya ada nombor telefon masing-masing dan boleh selesaikan masalah mereka secara peribadi. Bukan sesuka hati tulis di Twitter dan tak pasal-pasal orang lain menuduh peminat adalah punca pergaduhan Rita dan Zaquan. Murah sangat.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến