Pasangan romantis, Memey Suhaiza & Norman Hakim yang berkahwin pada September 2011 meninggalkan tanda tanya apabila dia hadir seorang diri di majlis resepsi Ezlynn & Adam Fahmy, lewat malam tadi. Apa lagi, pelbagai spekulasi mula timbul di kalangan hadirin apabila melihat situasi yang mencurigakan itu.
OHBULAN! tanpa segan silu terus bertanyakan kepada Memey Suhaiza agar spekulasi yang kurang enak itu dapat diperjelaskan kepada mereka. Ikuti temubual selepas ini.
OHBULAN! : Wah, makin berseri Memey sejak bergelar seorang isteri. Kami daripada tadi dok puji pakaian & rambut Memey yang nampak ‘ngam’ sangat dengan majlis malam ini. Jadi, macam mana dengan kehidupan selepas kahwin? Kongsi sedikit.
Memey : Terima kasih. Alhamdullilah, kehidupan selepas kahwin amat berbeza. Saya memang enjoy the moment, terutamanya melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tak sangka juga, selama ini saya melihat keluarga terdekat seperti mak melakukan tugasan tersebut. Sekarang, giliran saya pula, I’m very excited.
OHBULAN! : Antara tanggungjawab sebagai isteri yang Memey buat? Contohnya?
Memey : Contohnya, setiap pagi saya kena sediakan baju untuk suami pergi kerja. Ia menjadi satu semangat untuk saya bangun pagi sebab kena menguruskan suami saya.
OHBULAN! : Fuh, menarik betul eyh! Jap nak tanya, Norman cerewet tak?
Memey : Apabila menjadi suami isteri, saya rasa macam mengenali orang lain. Setakat ini, abang Norman tidak cerewet, amat senang menjaga dia. Saya baru tahu yang suami ni seorang yang manja. Jadi, apabila saya sudah kenali dia macam tu, saya berikan apa yang dia inginkan. Saya percaya, suami amat gembira.
OHBULAN! : Soalan cepumas untuk Memey. Ramai orang berkata-kata apabila melihat kelibat Memey yang keseorangan tanpa ditemani suami. Tak seronok kalau biarkan mereka tertanya-tanya. Apa kata Memey jelaskan kepada hadirin yang ada malam ni?
Memey : Memang saya sedih sangat datang seorang diri ke majlis ini. Ini lah tempat dimana kami pernah menjalankan majlis resepsi dahulu. Sebenarnya, abang Norman ada shooting untuk drama terbaru. Jadualnya bertindih pula dengan majlis resepsi Ezlynn malam ni. Jadi, dia terpaksalah mendahulukan tugasannya dulu.
OHBULAN! : Oh, kalau macam tu tak mengapalah. Kami doakan perkahwinan Memey & Norman kekal sampai akhir hayat ye. TQ!
- (Gossip) Norman Hakim-Memey Suhaiza Kahwin Raya Haji?M / Dec 4, 2008 / 130 respon
- (Gambar) Norman Hakim di Rumah Keluarga Memey SuhaizaM / Dec 1, 2008 / 169 respon
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét