Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat, 6 Januari 2012.
Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan
kemudiannya oleh pihak PDRM.
Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini,selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét